EN
Selamat datang ke Sepadu.sg
Menyalurkan bantuan kewangan kepada lebih 3,500 individu dan keluarga berpendapatan rendah serta kurang berkemampuan di Singapura sewaktu bulan Ramadan. Keluarga yang layak boleh membuat permohonan dalam tempoh permohonan yang ditetapkan melalui platform www.sepadu.sg.
Kriteria Kelayakan
- Pemohon mestilah pemegang NRIC Singapura.
- Hanya seorang pemohon bagi setiap keluarga yang tinggal dalam isi rumah yang sama dibenarkan membuat permohonan.
- Pemohon mestilah berumur 29 tahun dan ke atas.
- Pendapatan Per Kapita (PCI) mestilah $650 dan ke bawah, dan/atau pendapatan isi rumah mestilah $1,900 dan ke bawah.
- Individu yang sedang berada di Penjara, Pusat Pemulihan Dadah (DRC) atau Rumah Kebajikan tidak layak memohon.
Untuk mengisytiharkan status pekerjaan anda, isi borang ini.
* PCI = (Pendapatan kasar isi rumah dibahagikan jumlah ahli isi rumah yang tinggal bersama pemohon)
Pemohon Baharu Klik Di Sini
Pemohon Tahun Lepas Klik Di Sini
Soalan lazim